Awien Syahirah? Semestinya sudah hensem!
Ulang soalan,
Hang Tuah dengan Hang Jebat siapa lagi hensem?
Abaikan soalan ni, kita tukar sikit,
Hang Tuah dengan Hang Jebat siapa hero?
Okay, hari ni gua punya entri pasal sejarah
*padahal last baca buku sejarah time SPM dulu. Tak senonoh gila perangai lu ni awien!
Aku selalu berteka teki dengan soalan ni. Ada gak aku tanya orang2 tentang pendapat dorang mengenai soalan aku, mcm biasa, masing2 ada pendapat sendiri. memandangkan gua study kat melaka, tempat yang bersejarah ni, gua rasa lagi takde hal la kalau gua tanya pendapat diorang.
Aku ni pemalas orang nya. Amat malas nak kaji2. dulu belajar time skolah, buku sejarah kata, hang tuah hero, so gua waktu tu pegangan gua, hang tuah la hero. Mula2 aku masuk belajar kat melaka ni, aku terus ajukan soalan tu,
dan majoriti orang melaka berpendapat, Hang Jebat.
*gua ckp pasal org Melaka dulu la memandangkan gua tanya kat orang Melaka*
lepas soal selidik, semua nye berpendapat yang Hang Jebat ni semangat setiakawan yang tinggi, Hang Tuah plak sanggup tikam belakang kawan sendiri semata2 nak pertahankan Sultan yang buat salah.
Gua tergamam jap. Hek eleh, asal gua tak terfikir psl ni. Betul gak. Pastu gua terus tukar, gua kata Hang Jebat hero!
Ada jugak aku tanya soalan ni kat Cik Terompah
Tapi actually aku tak percaya sangat pasal cerita2 hang tuah hang jebat ni. Pendapat aku, maybe cerita ni direka2 untuk beri pengajaran kat generasi akan datang. Macam sekarang ni la. Maybe pengajaran yang boleh kita ambil dari cerita Tuah dengan Jebat ni, suruh kita ada kesetiaan dekat sultan.
Atau mungkin jugak Tuah and Jebat ni memang wujud, tapi cerita dia di exaggerate kan. Mungkin? Wallahualam.
Agaknya kalau zaman dulu ada facebook, mesti Jebat update kat FB,
"apa lah nasib badan, tuan hamba sayang persahabatan, tapi dia sanggup betray gua! how dare you Tuah! Sob Sob. Touching ah macam ni!"
Tuah plak,
"Gua sayang kawan gua, tapi gua jugak taknak ingkar cakap sultan. aduhh, camne ni! kusut bro! kusut! Damn ah, nak g prektis bersilat jap ah cmni. Later facebook-ers!"
Anyhow, apa pendapat korang, Hang Tuah dengan Hang Jebat, siapa hero?


5 stalker/s:
ak dah kasi pendapat..
anda bila lagi? kahkahakhakah...
2-2 hero, kerana manusia mepunyai pilihan.
aku plg minat proton hang lekir. ok.xde kaitan
slm kenal
hurm..dunno..but mybe sejarah betul..sbb kita diajar mcm tu..apa2pun,Wallahualam..
Terompah : ahahah tau xpe
khairul hisyam: Truee!
pakcik : HAHAH mmg xde! :P
blackmel : :) betul!
Post a Comment